KEINDAHAN HIDUPAN DI LAUT
TEROKAI HIDUPAN DI LAUT.....
Lautan
merangkumi 3/4 (70%) daripada luas permukaan bumi adalah anugerah
Tuhan yang sangat bernilai untuk keseimbangan hidupan di bumi. Lautan
memainkan peranan penting sebagai habitat kepada berjuta-juta hidupan.
Penciptaan hidupan laut ini tinggal sejauh beberapa ratus hingga beribu
meter ke dalam laut, sangat menakjubkan! Penciptaan sistem dunia hidupan
dasar lautan menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang tiada
bandingan dan tidak terfikir oleh manusia. Jom kita lihat
keindahannya....
Bila
kita fikir hidupan di laut, mesti terbayangkan ikan...tetapi sebenarnya
terdapat banyak jenis hidupan di dalamnya seperti reptilia, mamalia,
krustasia dan sebagainya. Sebenarnya terdapat lebih kurang 15 000 jenis
ikan yang hidup di laut dan kebanyakannya hidup berkumpulan. Ikan-ikan
akan berenang bersama-sama demi keselamatan mereka.
Persoalannya...kenapakah kita manusia tidak dapat bernafas di
dalam air seperti ikan? Ikan bernafas melalui insang dan bukannya
paru-paru. Oksigen yang larut dalam air akan diserap oleh ikan apabila
air itu melalui insang. Namun ianya berbeza dengan ikan lumba-lumba
kerana ikan ini adalah mamalia. Sudah tentu ia bernafas melalui
paru-paru. Sebenarnya ikan lumba-lumba ini akan ke permukaan air selang
beberapa minit untuk bernafas melalui lubang udara di bahagian atas
kepalanya. Itulah kebesaran ciptaan Tuhan.
Adakah
semua haiwan di laut boleh berenang? Tidak semua haiwan yang tinggal di
laut boleh berenang seperti udang dan ketam. Ia adalah kumpulan
krutasia yang mempunyai kulit keras dan badan bersegmen.
Satu
lagi contoh haiwan di laut adalah penyu. Apakah keistimewaannya? Penyu
adalah haiwan pengembara! Penyu boleh berenang beribu-ribu kilometer
semata-mata hanya untuk bertelur. Penyu menggunakan kaki depannya yang
leper untuk mengorek lubang di pasir pantai kelahirannya untuk bertelur.
Ia juga bernafas melalui paru-paru, bukannya insang. Istimewanya, penyu
boleh berada di dalam air selama 5 jam. Satu lagi, penyu hampir serupa
dengan kura-kura tetapi bezanya penyu tidak boleh menyembunyikan
kepalanya. Ia juga merupakan salah satu haiwan reptilia seperti buaya
dan ular.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar